Friday, May 9, 2008

5 Sifat Semulajadi Lelaki

TIDAK SUKA BERGOSIP…

Bagi sesetengah org,mengetahui perihal orang lain adalah penting.Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling.Katanya tidak mahu ketinggalan informasi.Bagi lelaki lain pula kisahnya.Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain.Bagi lelaki,bergosip adalah sesuatu yg tidak berfaedah dan membuang masa.Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yg tidak di perlukan.Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yg ingin kamu perkatakan…




SHOPPING CUKUP MENYEKSAKAN…

Orang perempuan,kalau bab bershopping memang tak payah disuruh.Kalau tak membeli pun,cukuplah sekadar cuci mata sahaja.Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta utk menemani pasangannya keluar bershopping.Buang masa,antara alasan yg sering di suarakan.Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yg ingin di beli,reaksi yg di beri adalah secara acuh tak acuh sahaja.Mereka menganggap kalau tidak bershopping,masa terluang tersebut boleh di penuhi dengan aktiviti lain.Lelaki juga kurg senang kalau masa yg diambil untuk berbelanja sehingga berjam2 lamanya.Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan…


GAGAL BERI JAWAPAN SEPERTI YG DI HARAPKAN…

Sesetengah hal yg di bincangkan dgn pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan.Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dlm sesetengah keadaan.pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yg bernas utk membantunya menyelesaikan masalah yg dihadapi.Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dgn perangai acuh tak acuh kamu…


PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT…

Tanpa kamu sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit.Ketika sakit,lelaki sering merengek dan mengeluh ingin di belay dan segala2nya disediakan.Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya.Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat.Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya di perlakukan seperti seorg bayi”Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya di atur oleh org lain…


BANGGA APABILA ADA YG MENGGODA..

Bila si dia keluar dating dgn kamu,tiba2 ada wanita yg mencuri pandang dgn satu pandangan yg penuh bermakna dan berminat.Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada org di sebelah tetapi amasih ada yg menunjukkan minat.Bila berhadapan dgn situasi ini,untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yg diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup utk menyakinkan pasangan di sebelah,malah ada yg merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat.Oleh itu,awasi mata kamu!!…

No comments: